Saturday, August 13, 2011

Emas Pelaburan Tepat Masa Kini

Mengapa Emas Hiasan lebih mudah untuk simpanan dan rolling cash modal pusingan?

Di kalangan rakan dan kawan yg selalu pergi ceramah dan forum emas tentang dinar, gold bar dan emas hiasan majoriti bersetuju dgn saya dan mula menyimpan emas hiasan disamping isteri dan kaum wanita juga dapat bergaya. Saya tak suruh anda beli emas hiasan sebab nak bandingkan dgn purity dan sebagainya adalah atas kertas semata2. Selagi ia emas ia tetap bernilai dan diterima !

Tetapi kenapa mesti emas hiasan? Inilah huraian yg tak seberapa. Apabila anda membeli dan menyimpan emas hiasan tak kira apapun grednya janji tulen dan kelebihan saya tulis dibawah :

-Mudah dicairkan cash

-Pinjam dgn skim Ar Rahnu, pajak gadai, kedai emas, bank yg tawarkan ar rahnu, semua terima dgn terbuka tanpa banyak soal mana sijilnya, mana cetificate seperti gold bar. yang penting anda ada I.C.

-emas hiasan lebih bersifat shorterm dan mid term untuk mereka yg nak ambil cash segera dari pajakan. tetapi nak bergaya sampai longterm tiada masalah. manakalan goldbar & goldcoin lebih bersifat longterm, sekali harga naik untung besar sungguh

-purity emas hiasan contoh 916, 999, 965, Paun, semua pajak gadai terima. janji emas hiasan tulen dan tak perlu pening kepala tentang certificate

-purity di densimeter kadang2 emas hiasan tak dapat tepat contoh 22k jadi 21k. emas hiasan 999 24k pun jadi 23k bacaan densimeter. sebenarnya ini bacaan densimeter dan kebanyakan pegawai ar rahnu terlalu bergantung pada densimeter, apabila diminta gunakan air, batu dan asid secara manual konfirm tulen sama gred dgn karat nya. Kadang bergantung pada pegawai ar rahnu juga. yg pakar dan otai senang lah nak berurusan dgn mereka.

-pelaburan future emas hiasan kena pecah pada dua atau tiga cara. nak detail kena direct contact saya senang nak cakap. letih nak tulis sini.

-Mulakan dgn pendapatan bulanan diasingkan sekurang-kurang 80% CASH dan 20% EMAS,contoh pendapatan bulanan rm400 dari rm2000 simpan untuk EMAS. Lama2 boleh gandakan lagi. Lihat kesan dan hasil kesaktian emas yang berganda selepas setahun dua..

-Kalau silap tolong betulkan dan sama2 kita tambah ilmu

-apapun emas sebenarnya diterima diseluruh dunia janji tulen. Emas digengaman adalah harta kesaktian sebenar.

No comments:

Post a Comment